Carian


Laman Utama About Contact
Sunday, February 8, 2009

Saidatina Khadijah contoh aktivis politik wanita yang hebat  

Islam telah menyelesaikan permasalahan jantina.

Allah berfirman dalam QS. An Nahl [16]:97

"Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."

Allah tidak pilih kasih antara lelaki dan perempuan. Sesiapa saja yang beramal soleh maka baginya pahala .

Dalam firman Allah yang lain:

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. QS. Al Hujurat [49]:13

inna akramakum 'indallahi atqakum

Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa sama sekali tidak berkonteks lelaki atau perempuan. Allah tidak pilih kasih dalam hal pahala dan ganjaran. Begitu pula Allah tidak pilih kasih dalam hal dosa. Begitulah dalam hal kewajipan-kewajipannya sebagai hamba termasuk pula kewajipan-kewajipan terhadap agamanya. 

Sesungguhnya Islam dan tarbiyahnya menyiapkan wanita muslimah untuk berperanan besar dalam peradaban manusia.

Peranan muslimah dalam peradaban manusia :
1. Mendidik anak
2. Menyiapkan generasi rabbani
3. Berperan dalam masyarakat
4. Isteri shalihah
5. Mencari ilmu
6. Melahirkan tokoh-tokoh pejuang

Islam menempatkan wanita sebagai sumber peradaban.

Dari rahimnya, wanita-wanita melahirkan pencorak sejarah setiap zaman.
Bagaimana wajah suatu zaman itu lihatlah wajah-wajah pelaku-pelaku sejarahnya.
Bagaimana wajah pelaku-pelaku sejarah, tanyakan kepada wanita-wanita yang melahirkannya.
Bagaimana wajah tokoh-tokoh yang mencorakkan sejarah, tanyakanlah kepada wanita-wanita yang melahirkan dan mendidiknya.

Salah satu peranan besar peradaban wanita muslimah adalah melahirkan dan mendidik generasi.

Satu hal penting yang perlu kita kenalpasti bersama bahawa kita sedang membicarakan generasi bukan anak-anak kita sahaja. Tanggungjawab kita adalah anak-anak kita serta anak-anak lingkungan kita, juga anak-anak saudara kita, anak-anak kerabat kita dan generasi dalam konteks luasnya. Itu adalah antara peranan utama. Peranan lain:

1.melahirkan dan mendidik GENERASI

2.Melibatpatkan diri dalam aktiviti pembinaan umat dalam segala hal ekonominya, politiknya, sosialnya, budayanya, pendidikannya dll. Jika antunna sekarang telah berkomitmen kepada perbankan syariah maka itulah kontribusi antunna kepada peradaban Islam.

3.adalah melaksanakan amanah amar ma'ruf nahi munkar.

Sekarang kita akan memfokuskan perbahasan kita kepada peranan politik wanita muslimah.

Untuk memahaminya ana mengajak akhawat sekalian untuk melihat Saidatina Khadijah dan peranan politiknya. Masuk Islam (memeluk Islam) akan kita fahami sebagai sebuah aktiviti politik. Dalam kata lain, sesiapa yang memeluk Islam, bererti langkah pertamanya melibatkan diri dalam aktiviti politik.

Ada yang tidak setuju?

Berpegang teguh kepada Islam adalah sebuah aktiviti politik.

Kengapa?
Sebabnya, orang-orang jahiliyah terdahulu tidak pernah membantah bahwa Allah lah yang menciptakan, memberi rezeki, yang berkuasa dan mengatur." 

"Katakanlah, Siapakah yang memberi rezeki kepada kalian dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab, Allah." ....QS. Yunus [10]:31

Tapi sejak semula mereka mengingkari bahawa Allah memiliki syariat yang harus ditaati, 
maka di akhir ayat tersebut Allah berfirman;

"Maka katakanlah mengapa kamu tidak bertaqwa kepadaNya"

Dasar aktiviti politik adalah penetapan syariat, maka ini adalah bahagian dari iman orang-orang Mukmin. Ketika orang Mukmin mengurus masalah politik, pada hakikatnya mereka sedang menjaga iman, agar tidak ada yang perkara lain yang mengatasinya mereka kecuali syariat Pencipta yang disembah.

Jadi, bagi orang-orang yang beriman, aktiviti politik diambil dari sumber yang sangat kuat, iaitu iman. Kembali kepada Saidatina Khadijah, bertepatan dengan lumrah kehidupan manusia, Rasulullah mengemukakan Islam untuk pertama kalinya kepada orang yang sangat dekat dengan beliau.

Ibnu Al Atsir berkata, "Menurut ijma' kaum Muslimin, Khadijah adalah orang pertama yang masuk Islam, yang tidak pernah didahului seorang pun dari kaum lelaki mahupun wanita.

Beberapa sifat Saidatina Khadijah dari segi politik yang dapat diambil, antaranya adalah beliau memiliki sifat cakna yang tinggi dalam hal-ehwal dan isu-isu yang berlaku di sekelilingnya. Antaranya caknanya Saidatina Khadijah mengenai spekulasi yang bertiup kencang di tengah-tengah manusia tentang hampirnya masa diutusnya seorang nabi yang ditunggu-tunggu. Sifat cakna ini beliau menyebabkan beliau seterusnya dapat memahami secara cermat masalah wahyu dan risalah yang dibentang oleh Rasulullah S.A.W.

"Dalam keadaan Rasulullah yang pertama kali menerima wahyu pertama: Khadijah hadir sebagai seorang wanita yang kental membela Rasulullah, padahal wanita lain mungkin sahaja menjadi nervous dan risau, dan berfikir bukan-bukan ketika suaminya datang sambil memberitahu masalah wahyu"

Apa yang diucapkan Khadijah ketika Muhammad S.A.W mengabarkan bahawa beliau baru saja melihat Jibril? Wanita mulia ini berkata. Terimalah khabar gembira wahai anak bapa saudaraku dan teguhkan hatimu. Demi yang diriku ada di TanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi nabi umat ini.

Subhanallah, Allahu akbar . Wanita yang luar biasa hebat bukan? Khadijah berkata kepada Rasulullah, " Sama sekali tidak, Allah tidak akan mennyusahkan engkau selama-lamanya, kerana engkau adalah orang yang suka menyambung tali persaudaraan, membawa beban. memberi pekerjaan orang fakir, meleyan tetamu dengan baik dan menolong orang-orang yang berbuat kebenaran."

Khadijah pula sering kali mendampingi Rasulullah di Gua Hira' , Khadijah adalah juga contoh wanita muslimah yang cerdas dan kritis . Al Baihaqy telah meriwayatkan bahwa Khadijah berkata kepada Rasulullah,

"Wahai anak bapa saudaraku, dapatkah engkau memberitahu kepadaku tentang teman yang mendatangi engkau?"

"Ya," sabda Rasulullah. 

Ketika Khadijah berada hampir dengan baginda, maka Jibril pun turun.

Setelah melihat kedatangan Jibril, beliau bersabda, "Wahai Khadijah, inilah Jibril...."

"Apakah engkau melihatnya pada saat ini?" tanya Khadijah.

"Ya, " jawab Rasulullah.

"Berpindahlah dan duduklah di kamarku," kata Khadijah.

Rasulullah duduk di kamar Khadijah. 

Lalu Khadijah bertanya, "Apakah engkau dapat melihatnya saat ini?"

" Ya," jawab Rasulullah.

Khadijah kemudian menanggalkan tudung di kepala dan mengangkatnya, lalu bertanya lagi, "Apakah engkau dapat melihatnya saat ini?"

"Tidak," jawab Rasulullah.

Lalu Saidatina Khadijah berkata, "Ini bukanlah syaitan. Dia adalah malaikat wahai anak bapa saudaraku. Maka teguhkanlah hatimu dan bergembiralah kerananya." 

Lalu Khadijah menyatakan keimanannya dan bersaksi bahwa apa yang Rasulullah sampaikan adalah benar. Demikianlah Khadijah dengan peranan politik peradabannya. Beliau adalah tokoh yang sentiasa;

1) menjalin hubungan dengan masyarakatnya
2) peduli terhadap sesamanya
3)menganalisis segala kejadian dan permasalahan sekitarnya kesemuannya memungkinkannya menentukan pilihan dengan benar.

Beliau juga mengambil kesemuannya memungkinkannya menentukan pilihan dengan benar . Beliau juga mengkaji tentang kebenaran dakwah Rasulullah, bahkan beliau pergi untuk menemui Waraqah bin Naufal. Demikianlah bagaimana kemudiannya Khadijah menjadi tokoh agung penyokong utama dakwah Rasulullah pada awal permulaan dakwah Rasulullah.

Semoga akhwat fillah dapat memahami demikian besarnya peranan seorang wanita muslimah seperti Saidatina Khadijah. Peranan politiknya adalah sangat hebat dalam perjuangan dakwah Islamiyyah dan mewujudkan peradaban Islam yang hebat meskipun beliau sendiri tidak bersama Rasulullah ketika terbentuknya daulah Islamiyah itu pada akhirnya tertegak.

Lihatlah susana politik pada hari ini, samada politik dalam negara mahupun dunia, peranan wanita sangat penting sebagai pengukuh kepada perjuangan politik lelaki. Lihatlah betapa hebatnya politik seorang lelaki, sekiranya wanita yang menjadi Isterinya berfungsi sebagai orang yang paling hampir mendampinginya.

Peristiwa yang berlaku di negeri Perak hari ini memperlihatkan bagaimana teguhnya pendirian YAB Ir Nizar yang membela kerajaan rakyat, meskipun Istana tidak menyebelahinya. Selain sokongan rakyat dan pemimpin PR, peranan isteri beliau yang berdiri teguh di belakangnya adalah faktor yang terus memberi kekuatan kepada YAB.

Akhawat sekalian,
Ana menyeru diri ana dan antunna sekalian, supaya membina ketokohan diri seperti saidatina Khadijah, atau sekurang-kurang seperti tokoh-tokoh yang ada di sekitar kita semua. Jadilah wanita solehah, yang menjadi nadi perjuangan suami kelak. Jangan hanya bersemangat ketika di KUIN ini sahaja, tetapi lesu selepas berumahtangga. 

Wallahu a'alam.

p/s: Teks berwarna merah secara tidak langsung memberitahu bahawa malaikat tidak akan bersama-sama dengan orang yang tidak menutup aurat... kecuali malaikat maut. :)

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories