Carian


Laman Utama About Contact
Monday, April 20, 2009

Persahabatan adalah ujian...  

Bangkitku dari lena pagi ini bersama satu kerinduan yang amat pada sahabat-sahabat seperjuangan sewaktu sekolah dulu. Aku rindukan saat itu….seolah tinggal di sebuah Daulah Islamiyyah, subur dengan ukhuwah, asyik dengan tarbiyyah, tak lekang dengan tazkirah. Namun, di bumi kampus KUIN ini nyata tidak seideal yang disangka. Banyak cabaran yang menanti, sekalipun kampus ini mungkin lebih Islamik dari kampus-kampus IPTA lain. Aku perlu realistic. Wake up Wardah!!

Kala ini kita dikelilingi teman-teman seperjuangan yang bermacam ragam bermacam karenah. Ditegur tak kena didiamkan tak tenang. Allahurabbi..rasa mahu hidup di dunia sendiri.

Namun bila difikirkan semula, makanku berteman, sukaku berteman, gurauku berteman, resahku berteman, sedarku..lenaku..pakaiku..semua ada teman di sisi. Kecuali ke tolilet je la. Maknanya aku ke mana jua ada yang menemani. Inilah beza kita dengan Maha Pencipta, meletakkan kebergantungan pada sesuatu yang lain. Ya, jauh sekali menggantikan sahabat-sahabatku dulu tetapi ia di luar kudratku hendak menyusun segala mengikut kemahuanmu.


Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi ukhuwah sesama sahabat

Dalam menempuh hidup sehari-hari, mustahil yang amat bagi orang awam semacam kita tiada perbalahan atau perselisihan faham dengan teman-teman. Jadi, atasilah ia dengan bijak dengan akal kurniaan Ilahi. Bukan nafsu yang dituruti…

Ujian itu adalah tarbiyyah dari Allah



Muhasabah diri

Sahabat-sahabat,
Pandanglah rakanmu itu sebagai ujian yang Allah utuskan buatmu. Buruk atau baik manapun dia terimalah dia seadanya. Kita jua punya kelemahan dan kedhaifan. Mengapa sibuk mencari dan menilai kelemahan dia? Sampai satu masa, usah bertanya mengapa dia sanggup melukai kita tetapi fikirkan sejauh mana kita ambil cakna dan menjaga kebajikan sahabat sendiri sehingga dia sanggup memusuhimu. Leka sangat dengan kesibukan sendiri..allahurabbi..



Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


Kikiskanlah rasa ananiyyah dalam dirimu dan tundukkanlah keegeoanmu. Ya, kita perlukan masa untuk bersendirian tapi harus diingat kita WAJIB mencampuri teman-teman yang lain. Kalau terlalu menginginkan hidup bersendirian, ciptalah sendiri 'bumimu' dan diamilah kamu di situ keseorangan. Buatlah peraturanmu sendiri..apa yang kamu suka dan benci. Mustahil bukan? Jadi, sekarang ini kamu berpijak di bumi Allah. Patuhilah suruhanNya dan jalan para Ulama' dan Anbiya'. Nak lari tang mana? Memang kena ligan punya…huhu. Jadi, back to basic..bilamana dah masuk ‘zon’ ini, WAJIB kita menjaga diri dan menunaikan Hak Ukhuwah. Antara Hak Ukhuwah yang mesti kamu tunaikan sesama muslim ialah memberi dan menjawab salam, menziarahinya bilamana sakit atau berlaku kematian dalam keluarganya, mendoakannya bila bersin, penuhi undangannya, dan mendoakan kesejahteraannya.


Ulama’ mengatakan ada 5 cara untuk merapatkan ukhuwah :-


1) Makan di rumahnya
2) Tidur di rumahnya
3) Solat di rumahnya
4) Biasakan diri qada’ hajat di rumahnya
5) Bawa keluarga mengenali dan menziarahinya

Selain itu Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ ulum Al-Din telah menggariskan 8 perkara yang perlu ditunaikan dalam persaudaraan Islam:


1) Saling tolong menolong samada dalam keadaan senang ataupun susah.

Sebagaimana Hadis Nabi saw yang bermaksud: “Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain”


2) Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta.

3) Diam atau tidak memperkata atau menyebarkan keaibannya samada semasa dia ada atau tidak dan tidak mencari-cari kesalahannya.

4) Menebarkan kebaikannya dan memanggilnya dengan nama yang baik. Saidina Umar pernah berkata: “Tiga perkara, apabila kamu lakukan, maka akan terjalinlah kasih sayang; iaitu yang pertama, apabila bertemu mulakan salam, yang kedua; lapangkan tempat duduknya di dalam majlis dan yang ketiga panggillah dengan panggilan yang baik.

5) Nasihatilah dia dengan cara yang lembut sekiranya dia terlalai atau melakukan dosa.

6) Mendoakannya semasa hidup atau selepas kematiannya.

7) Menghormati semua rakan-rakan dan kaum kerabatnya.


Benci tanda sayang

Terkadang, sahabat kita itu melakukan perkara yang tidak kamu senangi atau melanggar batasan syara’ contohnya bercopule, membuka aurat atau sebagainya. Ya, kita perlu menegurnya. Namun begitu, awasilah, jangan kebencianmu itu mengatasi kewarasan akalmu sehingga kamu bertindak melulu. Hampiri dan dekatilah dia. Bila dia rasa senang dengan kamu dan percaya untuk meluah segala atau meminta pendapat, ambillah peluang itu sebaiknya. Dah ada green light barula masukline..Maknanya, diam kamu juga berhikmah. Hati manusia kan milik Tuhan, sahabat. Kita tak berhak membuka atau menutupnya sesuka hati apatah lagi menyiraminya dengan api kemarahan. Cuma kena banyak berdoa dan bersabarla..Insyaallah akan dikurniakan ‘kunci’nya buatmu.

“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar”
(Al-baqarah : 2)



Andai kita bisa memahami


Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seorang teman... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja..kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekadar keperluanmu..Apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..akhirnya ia dibuang..sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi..


Begitu juga jika kamu memiliki seorang teman. Terimalah seadanya...Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..anggaplah dia manusia biasa..Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya..


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan.. Berkhasiat... Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang teman...yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu..Menyayangimu..Mengasihimu..Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan..Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia berteman dengan orang lain..Kamu juga yang akan menyesal..Moga selepas ini, kita akan lebih memahami diri kita dan juga orang lain..

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories